|
Penulisan adalah satu tindakan imaginasi; ia terbina hasil pertembungan dari pengalaman
hidup dengan bahasa. Pelajar dalam kursus ini akan membaca, menulis, dan membincangkan
pelbagai genre dari sajak dan cerpen ke karangan dan artikel. Mereka akan didorong
mendekati penulisan sebagai satu kemahiran. Mereka juga akan meneroka proses dan
teknik yang dikongsi oleh penulis-penulis dalam semua genre. Sebagai contoh, pelajar
akan belajar strategi-strategi untuk menghasilkan idea-idea dan mereka juga akan
meneroka konsep dan teknik-teknik dari pelbagai sudut pandangan.
Berdasarkan satu model komuniti penulisan yang dibina untuk kursus di Johns Hopkins
University Writing Seminars, kursus ini akan mengabungkan pelajar dengan tenaga
pengajar yang berperanan sebagai mentor untuk membimbing pelajar melalui proses
penulisan kreatif ini. Semasa bengkel penulisan, tenaga pengajar dan rakan sebaya
akan menawarkan kritikan terperinci bagi membantu proses penyemakan. Melalui proses
penulisan ini iaitu menerima kritikan dan penyemakan, pelajar dapat membina keyakinan
dalam penulisan mereka dan menjadi kreatif.
|