Portal PERMATApintar Negara Hubungi Kami
Pengurusan Bakat
:: Ujian PERMATApintar UKM1
:: Ujian PERMATApintar UKM2
:: Program Perkhemahan Cuti Sekolah
  :: Muat turun Dokumen
  :: Soalan Lazim PPCS
:: Ciri Kanak-Kanak Pintar Cerdas
:: Program Pendidikan PERMATApintar
:: ASASIpintar UKM
:: Peristiwa PERMATApintar
 
Galeri
:: Majlis Perlancaran PERMATApintar
:: Bual Bicara Program PERMATApintar
:: Keratan Akhbar
:: Majlis Menandatangani Kontrak
:: Pelancaran di Sekolah Wawasan
:: Kemudahan Yang Disediakan
:: Kursus Tenaga Pengajar
 
Pautan
:: Persatuan Alumni PERMATApintar
:: Blog PERMATApintar
:: PERMATA NEGARA
:: Permata Insan
:: Kursus Susulan
:: Center for Talented Youth
:: National Association for Gifted Children, Malaysia
:: Portal UKM
:: Fakulti Pendidikan UKM
:: Supporting Emotional Needs of the Gifted
 
PERMATApintar
05. Pengenalan Kepada Robotik | English

Pengenalan kepada Robotik adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh program Permata Pintar Negara yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) semasa musim cuti sekolah. Di dalam kursus ini, topik yang merangkumi bidang robotik, sains komputer dan kejuruteraan digabungkan sekali menjadi satu modul untuk pelajar yang berumur antara 11 ke 12 tahun. Kursus selama 3 minggu iaitu 5 hari seminggu melibatkan jumlah masa pertemuan selama 90 jam. Di dalam kursus ini, pelajar akan didedahkan kepada aktiviti rekabentuk robot yang mencabar minda mereka untuk mengembangkan idea dan penyelesaian kepada setiap permasaalahan yang diberikan.

Ini memberikan kebebasan kepada minda dan kreativiti pelajar untuk berfikir “di luar kotak” yang sangat penting untuk melahirkan generasi yang inovatif dan kreatif pada masa hadapan.

Pelajar akan membina pelbagai jenis robot menggunakan peralatan LEGO® Mindstorms dan bahasa pengaturcaraan NXT-G mengikut buku teks yang disediakan iaitu The Mayan Adventure. Di dalam fasa rekabentuk, topik adalah merangkumi asas fizikal kejuruteraan seperti sistem kejuruteraan, beberapa struktur mesin yang ringkas, kestabilan struktur dan lokomotif. Pelajar juga didedahkan kepada prinsip kejuruteraan elektrik seperti maklumbalas penderia, litar, signal dan komunikasi berdigit frekuensi radio. Selain itu, pelajar diberikan asas kepada sains komputer seperti algoritma, penggelungan(looping), suis, kawalan arus berjujukan dan operasi Boolean semasa mengaturcara dan mengawal robot dengan menggunakan perisian NXT-G. Sebagai projek akhir, pelajar dikehendaki merekabentuk, membina dan mengaturcarakan robot mereka dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Dengan bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan, pelajar dapat memperolehi asas kemahiran didalam bidang pengaturcaraan komputer dan kejuruteraan yang semakin hari semakin penting di era teknologi abad ke 21.

# Kursus Sek. Rendah Bil. Kelas Umur
01. Menjadi Saintis (Be a Scientist) 2 kelas 9 tahun
03. Penaakulan Mantik (Mathematical Reasoning) 3 kelas 10 tahun
04. Reka Cipta (Invention) 2 kelas  11 tahun
02. Penulisan dan Imaginasi (Writing and Imagination) 1 kelas
1 kelas
11 tahun
12 tahun
05. Pengenalan kepada Robotik (Introduction to Robotic) 2 kelas 12 tahun
# Kursus Sek. Menengah Bil. Kelas Umur
06. Mengarang Penulisan (Crafting the Essay) 1 kelas 13 tahun
07. Siasatan Bukti Kejadian Jenayah (Crime Scene Investigation) 2 kelas 13 tahun
08. Sains Penerbangan (Flight Science) 2 kelas 14 tahun
09. Kebarangkalian & Teori Permainan (Probability & Game Theory) 1 kelas 14 tahun
10. Kriptologi (Cryptology) 1 kelas 14 tahun
11. Biologi Pecutan (Fast-Paced Biology) 2 kelas 15 tahun
12. Bioteknologi (Biotechnology) 2 kelas 15 tahun
13. TekTeknologi Hijau (Green Technology) 2 kelas 15 tahun
14. Kristal dan Polimer (Crystal and Polimer) 2 kelas 15 tahun
15. Rekacipta Lanjutan (Advanced Invention) 2 kelas 15 tahun
16. Multimedia Kreatif (Creative Multimedia) 2 kelas 15 tahun

 
PERMATApintar Negara
PERMATApintar Alamat Pusat PERMATApintar Negara
PERMATApintar Lagu ANAK PERMATApintar
 
Twitter PERMATApintar
Berita PERMATApintar
 
Ujian UKM1 untuk tahun 2011 akan bermula pada 1 Februari - 30 April 2011.
Ianya dilanjutkan ke 31 Mei 2012. Klik di sini
 
Sijil ujian UKM1 dan UKM2 boleh dicetak melalui laman pelajar. Klik di sini
 
Galeri Bergerak
PERMATApintar
Video
 
|  © 2010 Universiti Kebangsaan Malaysia | Designed and Developed by ARAKEN SDN. BHD. |
Untuk skrin 1024 X 768 dan ke atas