|
Penaakulan Mantik menyediakan kaedah berfikir secara sistematik, tepat dan rasional
(Mat Rofa Ismail, 2006) dalam matematik dan kehidupan. Sehubungan dengan itu, kursus
ini bukan hanya terhad kepada pembuktian secara induktif dan deduktif sahaja, tetapi
juga mempelajari analogi, paradoks, sistem aksiom, corak nombor seperti nombor Fibonacci,
infiniti, pemikiran luar kotak dan pelbagai tajuk lain yang berkaitan. Kursus ini
juga merupakan asas kepada matematik kerana matematik bergantung kepada logik (Steen,
1999). Oleh itu, semua pelajar disarankan mengikuti kursus ini. Pelajar akan didedahkan
dengan pelbagai aktiviti mencabar dan menarik supaya pelajar dapat belajar dengan
cara yang mudah dan menyeronokkan. Selanjutnya pemahaman dan motivasi pelajar dapat
ditingkatkan supaya terus berusaha dalam menyelesaikan pelbagai masalah kompleks.
|