|
Apa sebenarnya yang dilakukan oleh seorang saintis? Bagaimana mereka bertanyakan
atau memberikan jawapan kepada sesuatu persoalan? Apakah peralatan yang digunakan
bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian mereka? Dalam kursus ini pelajar-pelajar
akan diperkenalkan kepada pelbagai kaedah yang digunakan oleh saintis untuk mencari
jawapan-jawapan tentang apa yang berlaku dalam dunia kita. Mereka akan diajarkan
dengan pelbagai kemahiran pencarian saintifik dengan melibatkan diri dalam penyiasatan
dalam beberapa bidang seperti botani, genetic dan kimia.
Pelajar akan memeriksa strategi dan teknik yang digunakan oleh saintis dan menggunakannya
pula dalam penyiasatan mereka. Contohnya, pelajar mungkin akan diminta untuk membina
terrarium atau susun atur aktiviti yang boleh digunapakai dalam satu kajian lapangan.
Mereka juga akan diminta untuk memerhatikan pergerakan seekor cacing, merekodkan
data dan melakar dalam log saintifik; menyiasat apa yang orang lain tahu berkaitan
dengan cacing, dan berkongsi dapatan dengan rakan-rakan dalam kelas.
Pelajar akan belajar menyoal dan membina hipotesis; mengenalpasti; dan memanipulasi
pembolehubah-pembolehubah yang ada; memerhati, mengukur dan merekodkan data; menganalisis
dan melakukan interpretasi terhadap data-data yang diperolehi. Di sepanjang kursus
ini pelajar akan berbincang tentang cabaran-cabaran serta kejayaan-kejayaan yang
mereka capai dalam kelas dan memikirkan bagaimana menggunakan maklum balas tersebut
untuk menjalankan kajian yang lebih baik di masa hadapan. Bagi setiap projek, pelajar-pelajar
kan bekerja secara berkumpulan atau individu untuk mereka bentuk atau menjalankan
satu penyelidikan yang asli. Di akhir kursus, setiap pelajar akan belajar bagaimana
untuk menjadi seorang saintis yang lebih baik.
|