|
Kursus Mengarang Penulisan adalah kursus yang memaparkan kebolehan dan kreativiti
dalam menghasilkan karangan yang berkualiti. Pelbagai bentuk penulisan dipelajari
pelajar. Antara bentuk-bentuk penulisan yang diajar sepanjang kursus ini adalah
penulisan deskriptif, penulisan naratif (fiksyen & bukan fiksyen), argumentasi dan
beberapa aspek penting dalam penulisan. Pendedahan awal berkaitan kursus diterapkan
pada para pelajar agar mereka lebih memahami kursus yang diikuti. Proses pembelajaran
tidak tertumpu di dalam kelas sahaja. Para pelajar juga dibawa keluar kelas bagi
mencari idea-idea daripada alam. Selain itu, pelajar dibawa ke makmal audio bahasa
sebagai pendedahan pembelajaran baru kepada para pelajar. Para pelajar dapat mengenali
lebih dekat kelebihan kursus ini dan menghayati keindahan serta keunikan bahasa
Melayu itu sendiri. Para pelajar mula menghasilkan penulisan yang berkualiti dan
memenuhi syarat-syarat penulisan yang baik. Pelajar didedahkan dengan lebih mendalam
bentuk penghasilan penulisan yang memenuhi syarat. Antara syarat-syaratnya adalah
penyusunan struktur ayat, isi yang diterapkan berserta contoh-contoh yang bersesuaian.
Kaedah penggunaan peta minda dan objek-objek tertentu turut diaplikasikan dalam
menghasilkan penulisan yang baik. Pada akhir pembelajaran, setiap pelajar diminta
membuat buku skrap sebagai hasil yang diperolehi sepanjang kursus ini dijalankan.
|