Portal PERMATApintar Negara Hubungi Kami
Pengurusan Bakat
:: Ujian PERMATApintar UKM1
:: Ujian PERMATApintar UKM2
:: Program Perkhemahan Cuti Sekolah
  :: Muat turun Dokumen
  :: Soalan Lazim PPCS
:: Ciri Kanak-Kanak Pintar Cerdas
:: Program Pendidikan PERMATApintar
:: ASASIpintar UKM
:: Peristiwa PERMATApintar
 
Galeri
:: Majlis Perlancaran PERMATApintar
:: Bual Bicara Program PERMATApintar
:: Keratan Akhbar
:: Majlis Menandatangani Kontrak
:: Pelancaran di Sekolah Wawasan
:: Kemudahan Yang Disediakan
:: Kursus Tenaga Pengajar
 
Pautan
:: Persatuan Alumni PERMATApintar
:: Blog PERMATApintar
:: PERMATA NEGARA
:: Permata Insan
:: Kursus Susulan
:: Center for Talented Youth
:: National Association for Gifted Children, Malaysia
:: Portal UKM
:: Fakulti Pendidikan UKM
:: Supporting Emotional Needs of the Gifted
 
PERMATApintar
Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) | English

PRINSIP YANG MENDASARI PROGRAM PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar

Semasa Perkhemahan Cuti Sekolah, pihak pengurusan Pusat PERMATApintar Negara akan memastikan setiap pelajar akan bertingkah laku secara bersesuaian setanding dengan keperluan pusat mengikut perkara-perkara berikut:

01. Kod Kehormatan Pusat PERMATApintar Negara (Code of Honor)

Setiap pelajar pintar cerdas perlu mempunyai rasa hormat, bertanggungjawab dan saling mempercayai. Untuk membina komuniti sedemikian, setiap individu yang wujud dalam komuniti tersebut perlulah:
  • Melakukan yang terbaik dalam semua aktiviti akademik
  • Bertoleransi dan menghormati perbezaan kaum, budaya, agama, gender, usia, keupayaan dan negeri kelahiran.
  • Bertingkahlaku secara mesra, bekerjasama, selamat dan bertanggungjawab terhadap semua yang ada dalam komuniti
  • Menghadiri semua sesi pembelajaran, makan bersama, aktiviti-aktiviti lain dan perjumpaan yang telah ditetapkan
  • Bertanggungjawab di atas kerja dan tingkahlaku sendiri
  • Sentiasa bekerjasama dengan pihak pengurusan
  • Mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan

02. Perbezaan Sifar (Zero Indiferrerence)

Setiap individu yang berada dalam komuniti ini perlu bekerja tanpa memberi layanan yang berbeza antara satu sama lain. Setiap mereka harus di layan dengan saksama, penuh rasa hotmat dan mesra. Apabila membincangkan konsep Bekerja Tanpa Beza ini, Pusat PERMATApintar Negara mempunyai tiga matlamat:
  • Meningkatkan kesedaran kakitangan tentang tingkahlaku pelajar yang boleh mengangu proses pembelajaran
  • Membenarkan kakitangan (termasuk guru, dan pihak pengurusan) mengambil tindakan terus (mengikut peraturan yang telah ditetapkan) untuk menghentikan sebarang tingkahlaku membuli yang boleh menghalang proses pembelajaran yang berkesan.
  • Meningkatkan kesedaran untuk semua kakitangan dan pelajar supaya sentiasa berkomunikasi secara berhemah tanpa membuat orang lain berasa terasing atau disingkir baik secara fizikal atau psikologikal.

03. Persekitaran Pembelajaran yang Selamat

Pelajar-pelajar perlu diberikan satu persekitaran pembelajaran yang boleh membuatkan mereka rasa selamat dan dihargai. Kajian-kajian lepas menunjukkan wujud hubungan yang positif antara rasa selamat dengan pencapaian akademik yang diperolehi oleh pelajar-pelajar disekolah.

Jadual Harian
MASA AKTIVITI
7.30 am - 8.00 am Sarapan Pagi
8.00 am - 8.30 am Pelajar ke Kelas
8.30 am - 10.00 am Belajar
10.00 am - 10.30 am Rehat
10.30 am - 12.30 pm Belajar
12.30 pm – 2.00 pm Makan Tengah Hari dan Solat Zohor
2.00 pm – 3.00 pm Belajar
3.00 pm – 4.00 pm Program kepimpinan dan Pengucapan awam
4.00 pm - 5.00 pm Minum Petang, Solat Asar dan Persiapan untuk Riadah
5.00 pm – 6.30 pm Aktiviti Riadah atau Kesenian
6.30 pm - 7.30 pm Makan Malam
7.30 pm - 9.00 pm Balik ke Asrama, Solat Maghrib dan Solat Isyak
SEKOLAH RENDAH
9.00 pm - 9.30 pm Minum Malam
9.30 pm Tidur
SEKOLAH MENENGAH
9.00 pm-10.00 pm Kelas Persediaan
10.00 pm-10.30 pm Minum Malam
10.30 pm Tidur
 
* Pelajar beragama Islam akan dibawa ke Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia setiap hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat.
 
Maklumat Am

1. TARIKH PENDAFTARAN

Tarikh dan Masa Pendaftaran : 20 November 2011(Ahad), 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Pusat PERMATApintar™ Negara UKM, Bangi
Tempoh masa program : 21 November 2011(Isnin) – 13 Disember 2011(Selasa)

2. PENGHANTARAN DAN PENGAMBILAN PELAJAR

Pelajar dihantar oleh ibu bapa / penjaga mereka ke UKM. Bagi ibu bapa / penjaga yang tidak dapat berbuat demikian, perkhidmatan pengangkutan akan disediakan oleh pihak PERMATApintar dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Ibu bapa perlu menghantar anak-anak ke Jabatan Pendidikan Negeri yang akan dimaklumkan kemudian. Sila maklumkan kepada pihak PERMATApintar tentang penghantaran pelajar dengan mengisi borang Keperluan Pengangkutan (Lampiran F) bagi urusan pengangkutan.

3. BAYARAN

Tiada bayaran yang dikenakan. Walaubagaimanapun peserta PPCS adalah secara automatic menjadi ahli Alumni PERMATApintaar Negara. Oleh itu bayaran sebanyak RM 50.00 dikenakan sebagai yuran keahlian seumur hidup sebagai Alumni PERMATApintar Negara. Bayaran ini akan dikutip semasa pendaftaran.

4.PAKAIAN DAN PERALATAN YANG DIBAWA OLEH PELAJAR

PAKAIAN KELAS:

a. Berpakaian kemas , sopan dan berkasut (T-Shirt berkolar dan berseluar panjang dibenarkan)
Nota: Pelajar perempuan boleh berbaju kurung

NOTA: Oleh kerana kaedah pembelajaran pelajar banyak melibatkan aktiviti, pelajar diminta membawa sekurang-kurangnya:
a. Dua pasang pakaian sukan
b. Seluar panjang (seluar track atau slack; seluar jeans hanya dibenarkan pada hujung minggu)
c. T-shirt atau blaus bagi perempuan
d. Selipar untuk ke tandas
e. Kasut/sandal untuk ke kelas

PAKAIAN SUKAN:

a. T-Shirt Lengan Pendek Lengan Panjang
b. Track Bottom/ Seluar Sukan
c. Sarung kaki
d. Kasut Sukan

PERALATAN TIDUR:

a. Selimut
Nota: Pelajar dibenarkan membawa peralatan tidur lain seperti bantal atau teddy bear.

PERALATAN SAJIAN:

a. Sudu dan garpu
b. Botol air ( pelajar boleh mengambil air dari water cooler)

ALAT TULIS:

a. Pen , pensel dan pemadam
b. Buku Tulis

PERALATAN MANDIAN:

a. Tuala
b. Sabun mandi/ ubat gigi

ALATAN MEMBASUH PAKAIAN:

Perkhidmatan dobi akan disediakan. Bayaran dobi akan diminta dari wang saku yang dibawa oleh pelajar. Sekiranya pelajar ingin membasuh pakaian sendiri, sila bawa sabun basuh dan berus pakaian.

Nota : Mesin Basuh dan mesin pengering juga disediakan di tempat penginapan tetapi pelajar perlu dibekalkan wang. Kadar Bayaran cucian bagi setiap 5 kg seperti berikut:
- RM2.00 – cucian
- RM2.00 – pengeringan

PERALATAN IBADAT PELAJAR MUSLIM:

a. Lelaki - pakaian untuk bersembahyang yang sesuai
b. Perempuan - Telekung

5. TELEFON

Pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa telefon bimbit semasa sesi akademik (waktu pembelajaran/ bilik darjah). Sekiranya pelajar didapati membawa telefon bimbit semasa sesi akademik, pihak pengurusan PERMATApintar akan merampas telefon tersebut dan hanya akan memulangkannya kepada pelajar diakhir program perkhemahan. Oleh kerana jadual harian pelajar agak padat dan pelajar memerlukan rehat yang mencukupi, waktu yang dibenarkan pelajar membuat panggilan talipon hanya pada pukul 9.30 – 10 mlm (bagi pelajar sekolah rendah) dan pada pukul 10.30 – 11.00mlm (bagi pelajar sekolah menengah). Panggilan talipon hendaklah dilakukan di luar bilik tidur pelajar. Pihak PERMATApintar tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan ataupun kehilangan telefon bimbit.

Pelajar dan Ibu bapa tidak digalakkan untuk menghubungi satu sama lain kecuali hal-hal kecemasan. Sekiranya berlaku kecemasan, ibu bapa digalakkan menelefon pusat PERMATApintar seperti nombor di bawah dan meminta petugas memanggil peserta untuk bercakap dengan ibu bapa. Sila nyatakan nama peserta dan umur peserta bagi memudahkan petugas mengenal pasti peserta.

6. PERALATAN LAIN

Pelajar tidak dibenarkan membawa peralatan berharga lain seperti PSP/Gamebox/Kamera/barang kemas (pelajar perempuan). Pelajar digalakkan membawa buku cerita untuk mengisi masa lapang.

7. WAKTU MELAWAT

Waktu lawatan HANYA pada hari Ahad. Ibu bapa dibenarkan membawa anak-anak keluar (dalam UKM/ sekitar Bangi/ Kajang) pada hari tersebut dan mesti membawa anak-anak pulang ke asrama sebelum jam 7 malam. Pengambilan dan penghantaran anak-anak mestilah dibuat di lobi asrama penginapan pelajar.

8. WANG SAKU

Pelajar dibenarkan membawa wang tidak lebih dari RM30.00 (untuk bayaran dobi serta wang saku). Wang tersebut hendaklah dimasukkan dalam sampul surat yang ditulis Nama dan Sekolah Pelajar. Pembantu Pelajar (RA) akan menyimpan rekod penerimaan dan penggunaan wang tersebut.

9. PERKARA-PERKARA LAIN

Sebelum peserta melapor ke tempat perkhemahan, ibu bapa/ penjaga hendaklah memastikan peserta berada dalam keadaan sihat. Saringan kesihatan akan dilakukan di tempat pengambilan peelajar (JPN) atau semasa pendaftaran di asrama oleh pusat kesihatan UKM. Perakuan kesihatan mestilah telah ditandatangani oleh ibu bapa. Ibu bapa hendaklah memaklumkan kepada Pengarah atau Pengurus Akademik secara bertulis sekiranya pelajar mempunyai sebarang masalah kesihatan walaupun dibenarkan hadir untuk Perkhemahan PERMATApintar.

Sekiranya pelajar mempunyai rekod kesihatan atau ada ubatan yang perlu diambil secara berjadual, ibubapa diminta memaklumkan kepada ursusetia serta memberikan salinan ubatan yang perlu diambil.

Hubungi Kami
PERMATApintar
Pusat PERMATApintar Negara
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi,
Selangor, Malaysia

Tel:
+603-8921 7503

Faks:
+603-8921 7525

E-Mail:
permatapintar@ukm.my
 

 
PERMATApintar Negara
PERMATApintar Alamat Pusat PERMATApintar Negara
PERMATApintar Lagu ANAK PERMATApintar
 
Twitter PERMATApintar
Berita PERMATApintar
 
Ujian UKM1 untuk tahun 2011 akan bermula pada 1 Februari - 30 April 2011. Klik di sini
 
Sijil ujian UKM1 dan UKM2 boleh dicetak melalui laman pelajar. Klik di sini
 
Galeri Bergerak
PERMATApintar
Video
 
|  © 2010 Universiti Kebangsaan Malaysia | Designed and Developed by ARAKEN SDN. BHD. |
Untuk skrin 1024 X 768 dan ke atas