|
Projek genom manusia telah pun tamat pada 2002 dan dianggarkan manusia mempunyai
20,000 gen. Bagaimana saintis mengumpul kesemua maklumat ini? Apakah peluang-peluang
yang diberikan oleh projek ini kepada pengubatan penyakit kongenital, kanser dll?
Apakah soalan-soalan etika yang terlibat bagi hak persendirian dan kekeluargaan?
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada biologi, teknologi, dan genetik. Pada permulaannya,
pelajar meneroka konsep asas genetik termasuklah mitosis, meiosis dan perwarisan
Mendel. Ini bagi membina asas yang kukuh untuk mereka beralih kepada konsep yang
lebih terkini. Kemudiannya, mereka akan mempelajari struktur dan fungsi DNA, RNA,
sumber-sumber mutasi dan bioteknologi genetik. Kerja-kerja makmal memberikan para
pelajar pengalaman praktikal semasa mereka memencilkan DNA daripada strawberi dan
memotong gen menggunakan enzim penyekatan. Pelajar juga mengendalikan elektroforesis
gel, model tindak balas rantaian polymerase (PCR) dan mengkaji vaksin DNA. Di sepanjang
kursus, pelajar membuat persembahan dalam pelbagai topik biologi molekul. Dengan
pengetahuan yang mereka perolehi disepanjang kursus ini berjalan, pelajar akan membincangkan
asas saintifik dan signifikasi genetik dalam masyarakat dan ilmu genetik dan teknologi
masa hadapan.
|