|
Kursus Biologi Pecut merupakan sebahagian Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar
yang akan dilangsungkan di kampus UKM, Bangi, Selangor. Perkhemahan ini dilangsungkan
selama tiga minggu termasuk lima setengah jam perjumpaan (termasuk satu setengah
jam kerja makmal). Di samping itu, lima dua jam sesi seminggu digunakan untuk belajar
dan mengkaji di bilik darjah/makmal computer yang akan diseliakan oleh pengajar
atau penolong pengajar. Pelajar meluangkan tidak kurang daripada seratus jam dalam
bidang ini.
Kursus Biologi Pecut direka bentuk untuk memperkenalkan pelajar dengan kaedah dan
peralatan yang digunakan dalam penyelidikan biologi, di samping itu membina suatu
asas pengetahuan yang akan memudahkan kemasukan ke dalam suatu tahap kursus biologi
yang lebih tinggi/maju. Kandungan kursus terdiri dari sukatan pelajaran sekolah
menengah tinggi yang biasa dipelajari dalam satu tahun.
|