Portal PERMATApintar Negara Hubungi Kami
Pengurusan Bakat
:: Ujian PERMATApintar UKM1
:: Ujian PERMATApintar UKM2
:: Program Perkhemahan Cuti Sekolah
  :: Muat turun Dokumen
  :: Soalan Lazim PPCS
:: Ciri Kanak-Kanak Pintar Cerdas
:: Program Pendidikan PERMATApintar
:: ASASIpintar UKM
:: Peristiwa PERMATApintar
 
Galeri
:: Majlis Perlancaran PERMATApintar
:: Bual Bicara Program PERMATApintar
:: Keratan Akhbar
:: Majlis Menandatangani Kontrak
:: Pelancaran di Sekolah Wawasan
:: Kemudahan Yang Disediakan
:: Kursus Tenaga Pengajar
 
Pautan
:: Persatuan Alumni PERMATApintar
:: Blog PERMATApintar
:: PERMATA NEGARA
:: Permata Insan
:: Kursus Susulan
:: Center for Talented Youth
:: National Association for Gifted Children, Malaysia
:: Portal UKM
:: Fakulti Pendidikan UKM
:: Supporting Emotional Needs of the Gifted
 
PERMATApintar
PROGRAM PENDIDIKAN PERMATApintar, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Program Pendidikan PERMATApintar UKM, merupakan satu program pendidikan pelajar pintar cerdas yang permata di Malaysia yang dilahirkan oleh sebuah institusi pendidikan tinggi tempatan. Universiti Kebangsaan Malaysia telah diberi kepercayaan oleh Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan program pendidikan ini melalui Pusat PERMATApintar Negara, UKM yang ditubuhkan pada bulan Januari 2010. Program ini akan bermula pada bulan 17 Januari 2011. Pengambilan pertama pelajar pintar cerdas untuk program ini ialah seramai 116 orang pelajar berumur 16 tahun dari seluruh Malaysia yang telah melalui tiga ujian saringan iaitu Ujian PERMATApintar UKM1, Ujian PERMATApintar UKM2 dan Ujian Kompetensi Matematik dan Sains (Ujian UKM3).

Program ini memberikan tumpuan pendidikan serta pembelajaran yang bersifat holistik dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. Ia juga memberi penekanan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang seimbang. Justeru, program ini akan memberikan tumpuan kepada pembangunan pelajarnya berlandaskan falsafah serta prinsip hidup sejahtera yang seimbang dalam kelima-lima aspek yang dinyatakan.

2.0 STRUKTUR PENGAJIAN

Program Pendidikan PERMATApintar UKM mempunyai dua tahap: iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Sijil penganugerahan hanya diberikan kepada pelajar-pelajar setelah mereka tamat Tahap 1 dan Tahap 2 program ini. Program ini diletakkan di bawah Universiti Kebangsaan Malaysia dan berbentuk sekolah asrama penuh dengan bantuan kerajaan tetapi mempunyai autonomi sendiri dalam prinsip pelaksanaannya. Pelajar yang mendaftar untuk program ini merupakan pelajar UKM dan tertakluk kepada semua peraturan yang ditetapkan oleh UKM.

3.0 JANGKA MASA PENGAJIAN

Program Pendidikan PERMATApintar UKM adalah program sepenuh masa yang mengambil masa selama dua (2) tahun. Program ini menekankan kepada pembezaan pembelajaran (differentiated learning) di mana setiap pelajar belajar pada aras yang berbeza mengikut tahap pembelajaran masing-masing. Ia juga menekankan pembelajaran berpusatkan pelajar dan menggunakan pelbagai kaedah termasuk pembelajaran berasaskan kaedah koperatif dan kolaboratif, kuliah, perbincangan kumpulan besar dan kumpulan kecil, amali di makmal dan kajian lapangan, projek penyelidikan bersama kumpulan pakar penyelidikan UKM, laporan penyelidikan, pembinaan folio, program mobiliti dan pertukaran pelajar, aktiviti pembinaan jati diri berbentuk modular serta program kerohanian dan pembelajaran berasaskan masalah (PBL). Pelajar juga akan didedahkan dengan konsep Higher Thinking Order (HOT) untuk membantu mereka membina pemikiran yang kreatif, kritis dan inovatif dalam pembelajaran mereka.

4.0 TUJUAN PROGRAM

a. Menyediakan program pendidikan holistik yang menekankan kepada paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dan amal yang menjadi dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan negara.

b. Membangun, menyedia dan melaksanakan kurikulum pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas akademik yang mempunyai potensi intelek yang tinggi.

c. Menyediakan pengalaman awal bagi pelajar pintar cerdas untuk belajar di Institusi Pengajian Tinggi sekali gus mendapat bimbingan mentor dari kalangan ahli akademik UKM yang memang telah berjaya dalam bidang masing-masing.

d. Memberi peluang kepada pelajar pintar cerdas untuk mendapatkan pengalaman awal dalam menjalankan projek penyelidikan bagi membangunkan potensi minda yang kreatif dan inovatif.

e. Menjadi model pendidikan pintar cerdas yang melibatkan integrasi kurikulum pendidikan menengah tinggi dengan suntikan sukatan pelajaran tahap pengajian tinggi yang diimbangi dengan kurikulum pendidikan peringkat antarabangsa.

f. Mewujudkan satu wadah perkongsian pintar dan usaha sama antara industri, institusi pengajian tinggi dan program menengah tinggi UKM dalam usaha saling melengkapi bagi menyediakan suasana pengalaman pembelajaran yang boleh membantu perkembangan pelajar pintar cerdas secara menyeluruh.

5.0 MATLAMAT PROGRAM

Program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar pintar cerdas yang mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Berkemampuan, berkemahiran serta berdaya saing untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik di peringkat kebangsaan dan antara bangsa.

b. Mempunyai nilai-nilai murni kehidupan berlandaskan pegangan agama yang dijelmakan melalui tingkah laku sopan dan beradab mulia.

c. Mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam menjana penyelesaian kepada masalah, dan boleh mencetuskan atau mencipta pemikiran baru berhubung dengan ilmu yang dipelajari hasil dari penelitian yang terperinci dan kritis.

d. Sihat fizikal, minda, berfikiran positif dan mempamerkan kesedaran kendiri yang matang dan bijaksana, berjati diri kebangsaan dan seterusnya mampu menjadi warga negara dan warga dunia yang sentiasa dapat menerobosi ilmu baru yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia sejagat.

e. Mempunyai daya kepimpinan yang baik, bertanggungjawab dan boleh membuat keputusan yang memberikan impak yang positif kepada kehidupan dan persekitaran dengan mengambil kira prinsip-prinsip nilai baik dan beretika.

f. Menguasai kemahiran berbahasa dan berkomunikasi dengan berkesan

g. Mempamerkan ciri-ciri individu yang peka terhadap tanggungjawab sosial dan berkemahiran untuk memainkan peranan tersebut secara berkesan.

Secara keseluruhan, matlamat program ini adalah seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah:

ppmt

6.0 HASIL PEMBELAJARAN

Program ini mempunyai enam (6) hasil pembelajaran. Di akhir pengajian pelajar dapat:

a. Menguasai pengetahuan bidang dan menterjemahkannya dalam amalan seharian

b. Menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain dan persekitaran.

c. Menunjukkan tingkah laku beretika dan bermoral selaras dengan nilai-nilai murni sejagat yang menjadi tunggak kepada amalan baik kehidupan.

d. Menunjukkan tingkah laku memimpin dan boleh menggunakan komunikasi berkesan serta bekerja dalam satu pasukan.

e. Menunjukkan kebolehan berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah menggunakan pelbagai kaedah termasuk teknologi terkini.

f. Menunjukkan kemahiran globalisasi, keusahawanan dan pengurusan yang berkesan.

Rajah di bawah menggambarkan hasil pembelajaran serta persekitaran pembelajaran yang menjadi tunggak kepada proses pembelajaran program pendidikan menengah tinggi PERMATApintar UKM:

ppmt

7.0 KALENDER PEMBELAJARAN

Pelajar akan mengikut sistem pembelajaran mengikut sesi persekolahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jadual pembelajaran 2011 adalah seperti di bawah:

ppmt

8.0 KOMPONEN PEMBELAJARAN DAN STRUKTUR KURIKULUM

Semua pembelajaran (melainkan kursus Bahasa Antara Bangsa) akan dijalankan secara dwi-bahasa menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Program Pendidikan Menengah Tinggi berbentuk sepenuh masa ini memerlukan pelajar mengikut enam (6) komponen pembelajaran seperti di bawah:

ppmt

a. Sijil Pelajaran Malaysia

Pelajar mengambil dan lulus dengan cemerlang 10 mata pelajaran (6 komponen mata pelajaran teras dan 4 komponen mata pelajaran elektif). Mata pelajaran teras adalah mata pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagaimana pun, pelajar boleh berbincang dengan pihak pengurusan program untuk memilih mata pelajaran elektif yang ingin di ambil.

b. Peperiksaan O Level

Semua mata pelajaran yang ditawarkan untuk peperiksaan ini adalah dalam Bahasa Inggeris. Pelajar boleh mengambil sehingga 10 mata pelajaran untuk menduduki peperiksaan ini. Bagaimana pun pembelajaran bagi setiap mata pelajaran untuk peperiksaan ini dijalankan serentak dengan pembelajaran arus perdana (SPM)

c. Peperiksaan A Level

Pelajar hanya akan dibenarkan mengambil peperiksaan ini jika bersedia. Semua mata pelajaran yang ditawarkan adalah dalam Bahasa Inggeris. Pelajar boleh mengambil lima (5) atau lebih mata pelajaran di peringkat A Level.

d. SAT Reasoning Test (Scholastic Aptitude Test dan Scholastic Assessment test)

SAT ialah ujian piawai untuk kemasukan ke universiti di Amerika Syarikat. SAT mengandungi tiga (3) bahagian iaitu: Critical Reading, Mathematics dan Writing. Setiap bahagian mempunyai skor antara 200 hingga 800 point. Jumlah keseluruhan markah untuk ujian SAT diambil sebagai jumlah markah bagi ketiga bahagian yang dinyatakan.

9.0 SISTEM PENILAIAN

Penilaian adalah berbentuk sumatif dan formatif. Sebagai sebahagian dari proses pembembezaan pembelajaran (differentiated learning) setiap pembelajaran akan dimulakan dengan ujian pra untuk menentukan tahap pembelajaran pelajar. Pelajar juga akan dinilai setiap tiga bulan dan pada hujung semester untuk membantu pihak pengurusan mengenal pasti pelajar yang memerlukan bantuan dalam proses pembelajaran. Pertemuan ibu bapa-guru-pelajar akan dilakukan untuk membantu setiap pihak memahami proses pembelajaran yang dijalankan. Pada setiap hujung semester, markah pelajar akan dikira dalam bentuk PNG (Purata Nilai Gred) dan PNGK (Purata Nilai Gred Keseluruhan. Markah keseluruhan tidak hanya bergantung pada markah akademik semata-mata, tetapi juga merangkumi kesemua enam (6) komponen pembelajaran yang dinyatakan.

10.0 YURAN

Yuran yang akan dikenakan kepada setiap pelajar ialah RM1,000 pada setiap semester (untuk tempoh enam bulan). Pelajar yang pendapatan ibu bapa kurang dari RM5,000 akan mendapat bantuan kewangan dan ibu bapa perlu membayar hanya sebahagian dari yuran tersebut sahaja. Bagaimana pun, perincian berkaitan dengan yuran akan di muat naik kemudian. Pembayaran yuran merangkumi perkara-perkara berikut:

a. Makan
b. Tempat tinggal
c. Bahan Pembelajaran (buku teks, alat tulis, buku tulis, buku laporan dan sebagainya)
d. Penggunaan makmal
e. Program-program kerohanian/moral/jati diri dsbnya.
f. Kegiatan ko-kurikulum/Badan Beruniform
g. Program Mobiliti
h. Tempahan pakaian program termasuk pakaian sukan
i. Yuran PIBG
j. Wang cagaran tempat tinggal
k. Dan lain-lain (yang akan ditentukan kemudian)

11.0 PAKAIAN SERAGAM

Semasa pendaftaran, pelajar boleh memakai pakaian sekolah sedia ada. Pihak pengurusan Pusat PERMATApintar Negara, UKM akan menyediakan khidmat tempahan pakaian untuk program semasa pendaftaran. Sehingga pakaian program siap di tempah, pelajar boleh menggunakan pakaian sekolah sedia ada.

12.0 TEMPAT TINGGAL DAN KESELAMATAN PELAJAR

Pelajar akan di tempatkan do Kolej Zaaba sehingga kolej kediaman Pusat PERMATApintar Negara, UKM siap sepenuhnya pada tahun 2011. Pusat PERMATApintar telah menyediakan satu bangunan penginapan di Kolej Zaaba bagi tujuan penginapan tersebut. Terdapat dua blok: Blok Pelajar Lelaki dan Blok Pelajar Perempuan. Ke dua-dua blok tersebut dipisahkan dengan pintu berkunci. Pelajar juga disediakan dengan tempat pembelajaran di waktu malam bagi setiap blok. Dua orang guru yang bertugas sebagai warden juga akan ditempatkan di setiap blok asrama. Pelajar boleh berhubung dengan warden pada bila-bila masa yang diperlukan.

Setiap pagi pelajar akan dibawa ke Kompleks PERMATApintar Negara, UKM untuk tujuan pembelajaran menggunakan bas yang disediakan di UKM. Pelajar akan makan pagi, minum pagi, makan tengah hari dan minum petang di Kompleks PERMATApintar negara sepanjang pembelajaran. Pelajar akan di bawa pulang ke kolej kediaman selepas waktu pembelajaran. Makan malam akan disediakan di Kolej Zaaba. Pelajar juga akan di bawa ke Kompleks PERMATApintar Negara pada pagi Sabtu untuk menjalankan aktiviti ko-kurikulum. Pelajar akan dibenarkan keluar atau pulang ke rumah pada hari Sabtu (selepas aktiviti ko-kurikulum) sehingga hari Ahad petang. Pelajar dikehendaki mengisi borang keluar dan masuk setiap kali meninggalkan kampus dari kolej kediaman atau Kompleks Pusat PERMATApintar. Ini bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin sepanjang mereka berada dalam program ini.

13.0 KOMPLEKS PERMATApintar NEGARA, UKM

Semua aktiviti pembelajaran akan dijalankan di Kompleks PERMATApintar Negara dari jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang. Buat masa ini kompleks tersebut mempunyai bangunan pengurusan, Dewan Serba Guna, Blok Pembelajaran dan Blok Makmal (makmal Sains, komputer, muzik dan bilik kaunseling). Setiap bilik pembelajaran boleh menempatkan seramai 20 rang pelajar dengan selesa. Justeru, setiap kelas hanya akan mempunyai seramai maksimum 20 orang pelajar sahaja. Gambar di bawah adalah bahagian blok Dewan Serba Guna yang telah ada di Kompleks PERMATApintar Negara, UKM.

ppmt

PERMATApintar Negara
PERMATApintar Alamat Pusat PERMATApintar Negara
PERMATApintar Lagu ANAK PERMATApintar
 
Twitter PERMATApintar
Berita PERMATApintar
 
Ujian UKM1 untuk tahun 2011 akan bermula pada 1 Februari - 30 April 2011. Klik di sini
 
Sijil ujian UKM1 dan UKM2 boleh dicetak melalui laman pelajar. Klik di sini
 
Galeri Bergerak
PERMATApintar
Video
 
|  © 2010 Universiti Kebangsaan Malaysia | Designed and Developed by ARAKEN SDN. BHD. |
Untuk skrin 1024 X 768 dan ke atas