|
Program Perkhemahan masa Cuti Sekolah (PPCS) adalah satu program yang dirangka bagi
menampung keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas di Malaysia. Ia merupakan
program pengayaan dan pecutan yang diadaptasi dari Program Musim Panas (Summer Camp)
di Center for Talented Youth (CTY) – John Hopkins University. Asas kepada pembinaan
Program Perkhemahan Cuti Sekolah ini ialah Falsafah Pendidikan Negara yang menekan
kepada perkembangan holistik pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial pelajar. Perkhemahan menyediakan pelajar pintar cerdas peluang untuk
mengembangkan kebolehan mereka untuk melakukan pembelajaran sepanjang hayat. Objektif
perkhemahan ini adalah untuk:
1. Mengembangkan bakat dan kebolehan sedia ada pelajar
2. Mengasah potensi pelajar secara holistik
3. Mengembangkan kemahiran pelajar
4. Memupuk pembelajaran sepanjang hayat
Perkhemahan ini dijalankan pada masa cuti persekolahan akhir tahun iaitu dalam bulan
November dan Disember. Program yang dijalankan selama 3 minggu di UKM ini dikendalikan
oleh pengajar, pembantu pengajar dan pembantu pelajar yang dilatih khusus oleh pengajar
UKM yang telah mendapat latihan di Johns Hopkins University – Center for Talented
Youth. Sepanjang perkhemahan, pelajar didedahkan dengan aktiviti akademik, aktiviti
kokurikulum berbentuk kesenian dan sukan, program-program kerohanian mengikut agama
masing-masing dan lawatan sambil belajar.
Pelajar yang terpilih berumur antara 9 hingga 15 tahun dari pelbagai bangsa dan
latar sosio-budaya. Ini menjadikan program ini satu program yang benar-benar melambangkan
konsep satu Malaysia (1 Malaysia) yang diketengahkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia,
Dato Seri Najib Tun Razak. Pelajar yang ditawarkan untuk mengikuti perkhemahan ini
telah melalui Ujian Saringan UKM1 dan UKM2 dan akan mengikuti salah satu daripada
13 kursus yang ditawarkan. Penetapan kursus adalah berdasarkan kepada :
1. Keputusan UKM2 pelajar
Nota: Keputusan pelajar dilihat dari aspek kemahiran bahasa (Verbal Comprehension
Index), Kemahiran penaakulan persepsi (Perceptual Reasoning Index : Math & Science),
dan kebolehan mengingat dan memproses maklumat (Working & Processing Memory Index)
Klik di sini untuk menyemak kelayakan ke Program Perkhemahan
Cuti Sekolah 2011
2. Umur (Sekolah Rendah /Menengah)
Nota: Kursus yang ditawarkan juga dilihat dari aspek kesesuaian dengan umur pelajar.
3. Bilangan pelajar per kursus.
Nota: Bilangan maksimum pelajar bagi setiap kelas adalah seramai 15 orang dan bilangan
kelas adalah terhad kerana hanya 13 kursus yang ditawarkan.
Oleh itu pelajar TIDAK DIBENARKAN menukar kursus. Walaubagaimanapun pelajar berpeluang
untuk mengikuti kursus yang berbeza setiap tahun.
Kursus-kursus dan bilangan kelas adalah seperti berikut:
|