|
Walau bagaimanapun, ciri yang dipamerkan oleh seseorang kanak-kanak telah dijadikan
sebagai asas oleh sesetengah pakar profesional dalam mengenal pasti kanak-kanak
pintar. Proses mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas yang paling mudah ialah
dengan hanya melakukan pemerhatian sahaja terhadap tingkah laku kanak-kanak itu.
Proses ini bukan sahaja boleh dilakukan oleh seorang ahli akademik yang profesional
malah ibu bapa pun mampu mengenal pasti ciri yang terdapat dalam diri anak mereka.
Biasanya hasil permerhatian yang diperolehi adalah tepat atau lebih ketara dari
kaedah pengenalpastian yang lain kerana ia dilakukan dalam suasana yang selesa bagi
kanak-kanak tersebut tanpa banyak gangguan. Banyak ciri yang luar biasa yang ditunjukkan
oleh kanak-kanak ini pada usia yang masih muda lagi. Walau bagaimanapun tidak semua
ciri ini perlu dimiliki oleh seseorang kanak-kanak untuk dikatakan pintar cerdas.
Seseorang kanak-kanak itu tetap dikatakan pintar cerdas walau pun hanya mempamerkan
sebahagian dari ciri yang disenaraikan.
Dalam halaman ini ciri kanak-kanak pintar cerdas yang disenaraikan dibahagikan kepada
tujuh domain adalah hasil dari ciri yand disarankan oleh pelbagai pandangan ahli
psikologi seperti Gardner, Renzulli, Clark (Gargiulo 2006) dan Sousa (2003). Haruslah
diingat bahawa tidak semua ciri tersebut perlu ada dalam diri seseorang kanak-kanak
yang dikatakan pintar cerdas. Ciri ini dibahagikan kepada domain-domain:
A. kebolehan intelek yang umum
B. kebolehan intelek yang khusus
C. pemikiran kreatif
D. kepimpinan
E. kebolehan psikomotor
F. kesenian visual/persembahan
G. sosial emosi.
Untuk bacaan lanjut sila
klik di sini. Petikan dari bab 2, buku PERMATApintar: Pengalaman UKM.
Buku ini boleh diperoleh dengan menghantar secara pos cek dan alamat lengkap. Buku
berharga RM45 termasuk harga pos
|