|
Untuk melengkapkan program-program yang ditawarkan oleh Pusat PERMATApintar Negara,
pihak pengurusan UKM telah meminta pusat mengendalikan program ASASIpintar yang
akan dimulakan pada bulan Jun 2010 dengan kohort pertama seramai 250 orang pelajar
tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. ASASIpintar merupakan program pra-universiti
yang mengambil masa selama setahun. Program ini akan dikendalikan di UKM dengan
menggunakan tenaga pengajar pakar di UKM sendiri dan bidang pengajian lebih tertumpu
kepada bidang Sains, Teknologi dan Matematik.
Satu kurikulum khas telah dibina dan pelajar akan mengambil sejumlah 40 jam kredit
kursus-kursus tahun pertama UKM yang dapat membantu mereka: (a) membina jati diri
yang mantap, (b) meningkatkan kebolehan menjalankan penyelidikan, dan (c) meningkatkan
pengetahuan dalam bidang Sains (Biologi, Kimia dan Fizik) dan Matematik. Pengendalian
program ini akan melibatkan semua fakulti di UKM yang berasaskan sains dan teknologi
termasuk Fakulti Pendidikan; Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina;Fakulti Sains dan
Teknologi; Fakulti Perubatan; Fakulti Pergigian dan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu.
Pelajar akan bersama dengan pakar untuk melakukan penyelidikan melalui pendekatan
pembelajaran berasaskan masalah.
Pelajar yang tamat program ASASIpintar dan mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan
oleh UKM akan diterima masuk ke pelbagai fakulti di UKM. Oleh kerana mereka telah
mengambil sebanyak 20 jam kredit kursus-kursus wajib university yang ditawarkan
di UKM, mereka akan dapat memendekkan tempoh pengajian mereka dari tempoh yang diberikan
untuk sesuatu bidang pengajian. Justeru, mereka akan dapat menamatkan pengajian
mereka lebih awal dari pelajar biasa.
|